Al-Quran Untuk Semua
Ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 2017, Tadabbur Centre mempunyai visi untuk menjadi pusat pengajian Tafsir dan Tadabbur al-Quran yang diiktiraf di Malaysia dan diperingkat antarabangsa.

Tadabbur Centre komited untuk menggerakkan usaha menyampaikan al-Quran melalui pendekatan 3M:

Memudahkan

Mengesankan

Memotivasikan

Bila Hati Bertemu Kalam Tuhan, Dunia Tidak Lagi Sama
Kesan hubungan al-Quran dengan seorang Muslim yang memelihara hak-haknya dilihatkan seperti ripple effect yang boleh berlaku pada permukaan air, iaitu kesan tindak balas yang berlapis-lapis bermula daripada kesedaran seorang individu yang membuat perubahan sehinggalah ia mengesani orang disekelilingnya.
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”
Surah Sad: Ayat 29
Matlamat Kami
Antara objektif Tadabbur Centre ialah untuk menjadi pusat pembelajaran, pusat rujukan dan pusat latihan.




Jelajah Tadabbur 2025
Rasai pengalaman luar biasa yang akan mengubah cara anda melihat dunia—bukan sekadar kelas, bukan juga seminar teori semata. Ini adalah perjalanan hidup bersama Al-Quran, dipandu oleh modul eksklusif 5T dan 8 Langkah Tadabbur yang akan membantu memahami kalam Ilahi.
Anda akan dibimbing secara langsung oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman dari Tadabbur Centre dalam suasana yang penuh energi, refleksi dan anda akan temui bukan hanya ilmu, tetapi cahaya yang akan membuka mata hati anda.
